jom

Thursday 24 November 2011

memory of AKU PUN STRESS JUGAK

memory yg tak ternilai harganya
kenangan buat short film dengan budk2 ni
sambil tu aku main boling
sakit kot tangan aku 

kenangan berlakon di depan orang ramai
malu ya amat!!
tapi enjoy walaupun penat


trime kasih kat teman2 sperjuangan 
yang lain tidak bukan 
J sebagai pengarah!!
ACAP sebagai pemandu kitorng

MUAZ sebagai orang yang dapat kalah kan kami dalam boling
SYAM sebagai "pkwe aku" dalam short film kiteorang
NAVIN sebagai orng yang last datang..

aku harap assigment ni
kita dapat A++++++
sebab aku tahu korang buat yang terbaik 
untuk assigment kite ni.. 
penat letih dan wang yang bnyak habis
aku harap amat berbaloi

aku akn tgu dn lihat 

apa kah hasil nye nnti..

AKU PUN STRESS JUGAK

Sunday 20 November 2011

JANGAN MENANGIS wahai SAHABATKU

"wlaupun kau semua tersenyum
tapi aku tahu korang tak sekuat senyuman itu
jadi tersenyum lah 
dan JANGAN MENANGIS"

rindu nya kat kawan baik aku kat kelantan
sekarang dia ambil SPM
good luck yank..
saya tahu awak boleh buat

awak la yang terbaik dalam hidup saya
tak pernah awak pertikaikan siapa saya
tak pernah kita gaduh kan?
walaupun sekali.. 
awak banyak bersabar dengan saya
banyak kenangan kita bersama
sehingga tak ternilai HARGA nya
awak yang terbaik FARAH


HANY..
nama yang manja
semanja orang nya
tak pernah hilang senyuman di bibir
setabah orang nya

atin rindu hany
orang yang banyak bagi nasihat 
di saat aku keresaan
orang yang cantik 
juga cantik budi bahasa nya
rindu hany.. di saat air mata mengalir
dia yang akan hilangkan nya
dengan dia aku belajar setabah sekarang
aku belajar untuk hidup sendiri
aku belajar sentiasa tersenyum
"ingat angl,ingat teddy"
semoga berjaya di UITM



di UNISEL
aku takut untuk mengalami dunia baru
tapi bila dia ada
aku jadi lebih berani
aku akan sentiasa tersenyum di depan nya
walaupun aku menangis di  belakangnya
aku tahu dia seorang yang kuat
sekuat nama nya K.YANA

aku sentiasa melihat senyuman dia
walaupun aku tahu di menangis di dalam hati
tapi sekarang bergitu mudah air mata nya mengalir
aku tak sanggup melihat
aku takut aku akan menangis
dan tak de siapa yang dapat jaga dia
kalau aku tak sekuat yang di sangka..
tapi aku memang tak kuat.. 
tapi kak saya akan jadi yang sentiasa kuat untuk akak.. =)

korang pernah dengar lagu ni.. 

"kau di hati ku" khas untuk kau yang di kasihi


jangan menangis
bertenang lah..
peganglah tanganku dan di genggam erat
ku melindungi dari apa yang datang
berHENTI LAH MENANGIS

tubuhmu kecil bertenaga
dalam dakapan ku kau tenang dan lena
pertalian kita takkan terputus
berHENTILAH MENANGIS

kau di hati ku 
kau di hati ku
hari ini dan selamanya

kau di hatiku
walau apa katanya
oh.. kau di hatiku
selamanya

mengertilah apa yang kami rasa 
tak berkeyakinan apa yang di katanya
kamii berbeza tapi di hati kami
tiada apa yang berbeza

jangan kau dengar
mereka tak tahu
saling memerlu dan membantu
di suatu masa kutahu

destinasi tiba kau harus tabah
ku kan bersamamu bersabarlah
di suatu masa ku tahu 
buktikan bersama kau

selamanya
bersamamu
ku selalu bersamamu 
selama-selamanya

berhenti la menangis wahai sayang ku
aku tahu kau setabah orang nya
aku mahu hanya senyuman menemani diri mu

SI DIA

aku rindu si dia yang periang
aku rindu si dia yang sentiasa ketawa
aku rindu si dia

kenapa kau berubah
kenapa kau menghilang

aku rindu
aku masih ingat kenangan kau dengan aku
walaupun tak banyak
tapi cukup membuat hati ku menangis

maaf kan aku atas kesilapan aku
tapi aku ingin kau tahu aku sentiasa menyanyangi mu wahai teman..

"mungkin ini memeang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagi ku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu
telah lama ku pendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini sahaja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja"



Saturday 19 November 2011

nii UNISEL

emm aku tak tahu nak tulis apa
tapi terpaksa menulis untuk assigment encik izwan
pasal UNISEL yang baru bagi aku

UNISEL
yang paling aku suka masuk UNISEL
time mula-mula dulu masuk kelas encik izwan
" ye.. assigment pertama ADD FB saya"
hahahahah
nak tergelak kot mula-mula dulu
rasa tak percaya..

yang paling aku suka jumpa kawan-kawan yang satu kepala
muaz.. j.. syam.. navin.. acap..
walaupun diorang ni tak betul
tapi diorang hormat aku sebagai perempuan
iaitu selalu membuli aku
hihihi
tapi thank la selalu dengan aku time aku nak minta tunjuk ajar kat korang
teman aku p makan
ajar aku mat yang aku "pandai" sangat..

tapi kan.. sebenar nye nak tulis pasal apa??
aku ni tak tahu apa ni.
alooo.. pening-pening

rindu kat miss shireen yang comel
yang selalu layang aku dengan kawan-kawan
maaf ek miss kerana kami ni selalu je makan makanan miss sampai habis
sebab best sangat

kadang-kadang rindu gak UITM
belajar buat plan rumah
belajar ukur sofa
ukur meja
ukur bilik
final projek aku buat rumah DATO LAT
moden klasik

tapi nak buat macam mana rezeki aku tak de kat UITM
aku takut gak nak masuk UNISEL ni
tapi bila aku masuk
aku sedar
ada hikmah setiap yang berlaku

aku jumpa budak rumah yang baik
aku jumpa pensyarah yang terbaik
aku jumpa budak kelas yang baik

=)

Friday 11 November 2011

mendongak langit malam di KUALA LUMPUR with ISFAHANY

kalau time ni mesti duk lepak dengan budak rumah
tapi untuk hari ni aku lepak with my sweet bestfriend ~ hany
 mendongak langit malam di kuala lumpur


merasa menikmati langit bercahaya kan lampu jalan
menikmati kota pembangunan
melihat kiri dan kanan liku-liku kehidupan
bagaikan di sarang semut yang berkerja mencari gula


malam yang fun
dengar hany nyanyi
=)
banyak dia rakam
dan aku lah menjadi mangsa yang perlu merakam gelagak hany
but hany .. thanks i'm so happy dear


duduk mengadap bangun mencakar langit
indah jugak KL
tanpa aku sedari aku tersenyum melihat sepasang kekasih di kaki jalan
berpengang tangan =)
macam-macam gelagak anak muda yang berpelesiran


itu la dunia kuala lumpur
pandai bawak diri
kalau tak pandai
anda akan hanyut di dalam arus dunia syaitan
hanyut dalam dunia kemodenan


bila dah mula lepak with her
makan itu wajib
makan pizza it ok lah
asal dapat alas kan perut yang dah menari lagu rep


dan hany..
masih mendengar nyanyian diri sendiri
hahahaha hany oi hany
suka!! seronok!!


esok ???
mana-mana lah
hentah la wahai hany
nak melepak punya pasal
ikut ke mana sahaja
kaki melangkah menjejek di lantai batu
melawan panas terik mentari mencari kepuasan diri


memharap
esok akan ada..
kegembiraan

Thursday 10 November 2011

kalau di bagi peluang

kalau di beri peluang
aku nak ke negara mentari terbit.. menikmati  ke indahan alam

kalau di bagi peluang
aku nak jumpa kawan baik aku masa kecik
aku nak bagi tahu yang aku sayang dia
tapi ALLAH lebih sayang kan dia
AL FATIHAH..

kalau di bagi peluang
aku nak balik ke masa aku umur 15
masa kegemilangan aku
masa aku paling yang terbaik
masa aku jumpa AMAN

kalau di bagi peluang
aku nak terbang ke awan biru
aku nak memandu kapal terbang
menterjah langit
melihat biru nya lautan langit

kalau di bagi peluang
aku nak dapat SPM semua A
sebab aku nak ke JEPUN

kalau di bagi peluang
aku nak belajar elok-elok kat UITM
aku nak ambil akitek dalaman
kan best itu

kalau di bagi peluang....

Wednesday 2 November 2011

PERGORBANAN SEBUAH KE IKLASAN

setiap petang aku pulang dari kelas.. aku lalu depan pintu jaga
aku nampak ada seorang pak cik yang sudh tua.. dalam lingkuran umur 50 lebih
di sebalik mata nya aku nampak redup keletihan yang di simpan di dalam hati ..
walaupun pak cik itu di payungi panas terik matahari.. pak cik itu masih lagi gagah berdiri melakukan kerja
untuk sesuap nasi. untuk keluarga di rumah. untuk anak-anak tersayang. untuk isteri tercinta..
pak cik tu lupa erti letih untuk memberi keselesaan untuk anak-anak

pagi je aku lalu nak ke kelas
dalam setiap perjalanan ku
aku lihat ramai yang seusia mama ku masih membanting tulang berkerja
sayu di dalam hati.. teringat mama dan baba kat rumah
mereka sepatutnye sudah berehat di rumah
tetapi mereka masih terdaya berkerja untuk anak-anak tercinta

biar la mereka cuma menyapu sampah
mengambil sampah dari setiap blok
tapi masih mencari wang yang halal

aku tak pernah malu kalau mama dan baba aku berkerja seperti itu
tapi aku masih bangga kerana mereka sanggp membanting tulang untuk aku dan keluarga aku
tapi alhamdulilah.. keluarga aku yang besar dan berkerjaya
dapat menampung mama dan baba aku

tapi mereka yang di luar sana..
bagaimana mereka?..
aku tak pernah jijik melihat mereka
memang di dunia sekarang banyak kerja di dunia ciptaan ALLAH
mungkin ini la rezeki mereka
biar pun bagaimana pun kerja mereka yang penting kerja halal

pak cik, mak cik
bila ada masa berehat la mak cik pak cik
saya sedih melihat kamu semua di payungi panas
sedangkan kami semua
berpayung takut panas..
takut kulit hitam..
takut sakit kepala

tapi mak cik pak cik tak penah pikir semua itu kan
tak pernah pikir sakit untuk kelurga di rumah
tak pernah pak cik mak cik lupa untuk tersenyum walaupun saya tahu pak cik mak cik letih
tak pernah terlukis keresaan di dalam setiap senyuman

tapi saya tahu pak cik . mak cik
kami semua letih walaupun kelas hanya sekali
kami letih walaupun jalan untuk ke kelas
tapi saya tengok pak cik mak cik tak perna letih

terima kasih pak cik mak cik
terima kasih buat u kami nampak bersih
terima kasih buat u kami selamat

p/s ~ pergorbanan sebuah keiklasan dari ibu dan bapa

Tuesday 1 November 2011

KAWAN ATAU LAWAN

maaf!!
senang kau kata maaf.. maaf kau boleh hilang malu kawan aku
maaf kau boleh buat dia kembali ketawa..
kalau dengan maaf kau boleh buat dia ketawa.. buat la!
kalau dengan maaf kau boleh buat malu dia hilang.. lakukan!

adil ke kau buat dia macam tu
adil ke kau hukum dia tanpa sebab 
adil ke kau tak tegur dia walaupun sepatah
adil ke kau tak dengar penjelasaan dari nya
ADIL KE???

ku sangka kawan.. tapi lawan..
ku sangka sayang tapi benci..

kau boleh hukum aku tanpa aku tahu sebabnya
kau boleh benci aku tanpa aku tahu penghujungnya
kau boleh caci aku tanpa aku tahu erti nya
kau boleh buang aku untuk selama lama nya
tapi bukan dia

bukan dia yang kau boleh benci
bukan dia yang boleh kau caci
bukan dia yang boleh kau hukum

sayang dia pada kau terlalu mendalam
sayang dia pada kau sehingga dia sanggup sakit kan hati kecil nya
kenapa? kenapa kerana kau hanya mendengar dari sebelah pihak
kau sanggup hukum dia
siapa dia di hati kau.. kawan atau lawan?

kalau kau rasa dia kawan.. 
cuba kau selami hati nya
senyuman yang terukir di bibir adakah ia lahir dari hati
ketawa yang tersemat di bibir nya adakah ia datang dengan perasaan yang bahagia

cuba la kawan..
kau akan menemui rahsia di sebalik nya
cuba la kawan.. jangan kau tinggalkan dia
cuba la kawan kau jaga hati nya
cuba la kawan, kau berhenti untuk menjauhi dia
cuba la kawan.. aku memohon.. cuba..

kalau dia kau anggap lawan
buangkan perasan itu jauh jauh
jangan perasaan itu penghalang persahabatan kamu
jangan tali persahabatan yang kamu jalinkan hilang di akhir nya
kerana satu salah faham
kau buang kan perasaan persahabatan yang engkau jalinkan sendiri

tidak kau lupa
tentang bahagianya kamu mengejar pelangi petang
tidak kah lupa 
tentang titik hujan yang turun membasahi badan mu wahai teman
tidak kau lupa
tentang gelak tawa yang kamu cipta di kala sepi menyapa..
TIDAK KAU LUPA TEMAN???

BUAT LA YANG TERBAIK WAHAI SAHABAT KU
AKU TAHU KAU MENGERTI